Header

Tuesday, October 04, 2011

Dokumentari India - Day 2 - Agra to Jaipur by Train

Tolong jangan marah dan jangan hentam saya dengan batang penyapu sebab lambat update hahahah
pelan pelan kayh la ek... bersusun doku lain menanti ni..

Mari lah kita bersama-sama menyambung perjalanan Dokumentari India ni...

Lepas dari Agra Fort, dah lepas tengahari dan cuaca panas menggila babeng punya panas... perut pun sudah lapar, singgah makan dulu lah maknanya kan? Train ke Jaipur pun petang nanti so kita tak rushing mana lah..



hahaha muka girang dapat masuk restoran... sejuk sikit ada aircond and tak sabar dah nak melahap ni...




order nasi beriyani aje...
lapa lapa camni perut memang mintak disumbatkan nasi je.. kalau smbat roti2 ni, tak jalan jugak.
nasi beriyani dalam inr95 aka rm7.


memula penuh je nasi dalam bekas dia ni
dalam sekelipan mata, habis licin...
tingggg...... macam megik show



 pencuci mulut...
katanya bagu untuk sistem pengkhadaman..
try secubit, sumpah tanak try lagi!
tak best... tak best.. weols bukan penggemar rempah ratus asli macam ni hahahha

Lepas perut kenyang gendang gendut tali kecapi, then weols pun mintak la driver pi bawak weols untuk ronda-ronda pekan Agra ni sambil cari tempat untuk beli belah.. acceeeehhhh beli belah la kononnya.. tak membeli apa pun... just window shopping je... entah napa barang-barang kat india ni macam tak menepati kehendak weols je.. ada baju cantik2 tapi kain macam kurang kualiti la pulak.. murah je pun tapi pikir2 kang pakai sekali dua je dah koyak hahahaharruuuuuuu

dalam jam 4pm, maka sampailah weols ke train station Agra semula.. tiket train dah beli masa memula sampai di Agra pagi tu.. masa tu waiting list 34...suspens jugak ni nak gi tengok carta penumpang dia adakah nama weols dah masuk dalam list confirm?

dubdabdubdab... alhamdulillah nama dah masuk dalam list.. lega...

Station Agra Chant ni pun kecik je.. tak silap ada 4 terminal je.. ulat-ulat pun tak banyak keliaran kat dalam terminal.. just ada kat pintu masuk tu je sibuk tanya dah beli tiket ke idak... pekak kan telinga je la.. wat muka bangga kembang idung sambil tayang-tayangkan tiket kat muka depa hahahahahaahahahahaha




Masa di Central Station di Delhi aritu dek kerana kekalutan dan kepanikan, makanya weols tak dan la nak menghayati senibina bangunan dia.. ceewahhh senibina gitu...

So di Agra Cant Station ni, train pun dalam jam 5pm baru bertolak, makanya weols ada masa untuk spend melihat-lihat ciri station keretapi local depa...

Jom lihat sama-sama dan nilaikan...
Tidakkah kita bertuah sebagai warganegara Malaysia? ngeeeeeeeeee


Gerabak keretapi Kelas Ekonomi.. aka kelas 3..
takde aircond... kerusi papan... tingkap bergerigi..
takleh bayang time summer gini, kalau gerabak tu padat with penumpang... pergghhhhhhhhh boleh berlaku kes lemas tak? :)



Landasan keretapi depa ialah kawasan pembuangan sampah secara besar-besaran...
makan gula-gula? buang aje plastiknya di rail..
Minum air bungkus? buang aje di rail..
ludah? ludah aje merata rata..
kertas surat khabar? Campak aje di rail...
pendek kata, semuanya serba boleh diterima di atas rail...

Dalam 15minit sekali, akan ada tukang sapu dok menyapu kat bawah rail tu..
oooo.. mungkin dia nak bagi peluang pekerjaan pada penduduk.. so kitaran tu ada... eeehhh ye ke?


dan yang paling tak boleh blah?! Bukan setakat sampah sarap depa toss ke dalam kawasan rail..
tapi juga anak kecik nak pee pee or poo poo?

haaa.. lepaskan saje hajat di rail! adooiiiiiiiii
tu gamba kat atas tu.. mak budak ni bawak anak dia pi kat edge railway tu and anak dia bertafakur dalam 2-3minit.. dan selepas itu selesai sudah.... mak dia pi amik air dalam botol untuk basuh dan bergembiralah anak dia tadi selepas hajat kesampaian...

Dalam sejam lebih weols kat situ buat peoples watching, macam-macam yang weols dapat peratikan....



ni 1 lagi kes common kat sana..
kadang-kadang diorang ada muslihat..
diorang akan letak cecair kotoran putih dalam picagari.. eh lama tak guna perkataan picagari hahaha..
lepas tu dalam kita tak sedar, nanti depa tekan picagari tu dari jauh menghala ke kasut kita..
secara otomatiknya kene la kotoran tu kat kasut kita kan?
lepas tu dia pun mai dekat kita kata kat kaki kita ada taik burung.... dia nak offer cleaning and polish service utk kasut kita ehehhehehe

macam-macam kan?



Badan weols masa ni, memang dah letih...
dok berjalan di tengah panas menerjah Taj Mahal dan Agra Fort adalah meletihkan..
kalaulah time ni sejuk sedikit, mungkin lebih selesa kan?

Udara di station ni pun berbahang..
hajat dihati nak beli air sejuk terbantut bila weols ternampak bongkah ais yang diheret atas lantai berlapikkan kain guni yang koyak rabak...

terus tak jadi nak beli air sejuk.. ntah apa yang dah menyerap kat dalam bongkah ais tu kan???
Beli je la air mineral dalam peti sejuk.. tu pun peti sejuk depa bukan sejuk pun!



dah puas memerhati gelagat manusia, sambung sembang-sembang and manja-manja dengan bini..
;)

Sekali, train delayed la plak... tapi depa tak bagitau pun delay.. tengok jadual, dok kata lagi jam 5pm depart.. tapi now dah 450pm, tak nampak pun batang idung train tu..

tup tup.. mai la sekumpulan budak ni..
dok sengih-sengh kat weols dari jauh..
then datang rapat sikit..
then lagi rapat..
then sengih..
then rapat...
then sengih lagi..

nak kata peminta sedekah, rasanya bukan sebab depa pakai pakaian tertib.. muka pun bersih..
sekali mak depa panggil depa.. berlariiiiii depa balik ke kerusi mak dia..

ooo depa pun tunggu train jugak...
tak lama pastu mai lagi depa ni sengih-sengih...

weols pun panggil la depa mai dekat.. terus mai.. hahahaha



Rupa-rupanya depa ni berminat pulak tengok kat CEO Masviona.com ni..
sampai-sampai je terus depa pegang-pegang kulit tangan viona kita.. tengok dari atas sampai bawah.. macam pelik gitu...
Sorang budak pompuan yang besar sikit tu pandai speak English.. yang lelain tak berapa pandai.. dia lah jadi penterjemah ;)

Depa adik beradik and sorang lagi tu pompuan baju belang2 tu kawan baru kenal... depa dari kawasan mana ntah lupa plak namanya.. transit kat Agra nak tunggu train lain nak ke Delhi.. erjalanan depa makan masa 1 hari katanya... ffuuuhhhhhh.. nak naik flight, takde duit.. naik kereta lagi jauh.





Macam-macam yang depa ni tanya..
tapi dalam pada tu pun, beringat jugak.. beg duit and beg baju semuanya weols cautions.. takut jugak kan? dibuatnye kita dok ralit dengan bebudak tu, ada orang lain plak amik kesempatan...

Seronok dapat berbual ngn depa ;) sambil berbual weols bagi depa makan jajan yang weols bawak from KL.. hepi betul depa.. kita pun rasa tempias hepi depa bila depa berlari kat mak depa, bagitau dapat makanan.. senyum sampai telinga...



Jam 530pm, keretapi tak sampai2 lagi!!! grrrrrrrr....

akhirnya, dalam jam 545pm gitu, barulah nampak kelibat train yang weols tunggu-tunggu!!!


sampai je terus naik tanpa banyak cerita.. nombor coach n seat ktioran dah take note awal2 lagi kat carta dia tu..


this time weols tak amik yang 1st class.. amik yang Aircond CC. bawah ada kerusi, atas ada katil...
satu bilik ni ada 4 orang...

Perjalanan dari Agra ke Jaipur ni dianggarkan selama 4jam..
Kitorang buat silap.. tak research pasal route and stop station for this train..
so tiap kali train ni stop, weols terbangak-bangak.. adakah weols dah sampai jaipur?

nasib baik ada sorang gentleman satu coach ngn weols ni kebetulan dia pun nak stop di Jaipur.. so pesan kat dia sesiap kalau dia nak turun nanti, bagitau weols...

so dapat la weols pejam mata tido2 ayam dalam gerabak tu.. silap.. bukan weols.. tapi saya sorang je yang tido2 ayam.. viona dah selamat belayar bahtera tido lena wakakkakakaa

bukan sebab tak selesa dalam gerabak tu.. ok la selesa je.. cumanya sebab hati ni gundah gulana bila kita berharap pada stangers utk bagitau samada dah sampai station yang dituju or not.. huhuuhuh so tiap kali benti je, meliar mata aku tgk nama station.. takat tengok nama je la, sebab takde map, so tak sure la lepas ni station mana...

So selepas 4jam, tetiba mamat tu pun bagitau "I think this is the station"


alamak.. dia pun leh main rasa rasa pulak kekekeke
ok la tu kan? negara India ni memang besar.. even dia local sana pun, bukan tentu dia tau segala bende dalam negara dia.. hahaha even aku sendiri pun, bukan khatam segala route dalam malaysia tanah tumpahnya darahku ni kan?


So dengan berat hati maka aku pun terpaksa lah gerak Permaisuri hati dari tidur dia..
wakie wakie my princess...
sian dia.. tengah mamai kne sorong beg standby kat muka pintu

sampai je kat station, dengan yakinnya weols pun turun la sebab tengok mamat tu pun turun...
tapi nasib weols memang baik.. kebetulan Station Master situ pun ternampak kami, muka sah sah la muka pelancong kan? Terus dia sound weols.. This is not jaipur Station.. this is other station.. Jaipur is another stop!

Dalam mata pisat2 kepala wank sebab tido terganggu, tanpa banyak lengah, aku percaya je la cakap staff tu sebab dia pun pakai uniform.. terus cecepat naik balik gerabak tu..

rupanya memang ada 2 station nama Jaipur.. station yang tadi tu Jaipur apa ntah.. bukan jaipur yang selalu jadi tumpuan tourist kat bandar tu.. nasib baik.... tak sempat nak ucap tengkiu kat pakcik tu..

Sesampa je stesen yang sebetulnya, keluar je dari coach, terus weols disapa oleh sorang pemandu tuktuk...
Bila pikir sebab dah malam, so terus amik dia je soh dia hantar weols kat hotel dekat area stesen bas jaipur... secara logiknya, sure kat area situ ada banyak hotel.

Nama tukang bawak tuktuk ialah Saleem.. muslim.. di Jaipur pun majority penduduk ialah muslim..
Saleem dok explain, kalau nak duduk hotel, dia tak rekemen hotel sekitar kawasan stesen bas tu.. sebab katanya situ kawasan tak elok dan jugak hotel adalah mahal..


Well, kepala aku masih lagi terlalu overprotective.. segala apa yang dia cakap, aku takmo dengar..


Tapi still, tetiba dia kata dia nak bawak tunjuk hotel yang ok, dan murah..
aku tak setuju tapi dia bawak jugak....


mmmm.. tengok2 hotel tu dan tanya rate.. nampak ok je hotel tu.... tak terlalu jauh dari stesen bas tu pun....
tapi still lepas tu aku insist jugak kat dia untuk bawak weols kat area bas stesen.. dia pun bawak je la..


Sampai sana, terus aku turun beca motor dia and mulakan hotel hunting... banyak pulak ulat hotel kat area situ..
betullah cakap si Saleem.. hotel situ lagi mahal and jugak kawasan situ sedikit dodgy...
risau jugak...


Saleem macam dah tau je sure weols takkan duduk situ.. dia setia je tunggu weols kat tepi jalan... kekeke
last last weols pun naik la tuktuk dia... dia cakap kalau hotel yg memula tu weols tak berkenan, dia bawak lagi weols carik hotel lain yang dia tau kawasan tu ok...


dia pun bawak la.. kitorang pun mula percaya pada dia.. tapi malang, hotel lain yang dia bawak semuanya dah full...


maka weols pun settle down la kat hotel yang dia bawak weols memula tu.. Saudagar Hotel...harga aku lupa la plak berapa.. tapi rasanya murah je ;) dan yang bestnye hotel ni, ialah kita checkin and checkout dalam masa 24jam... bukan kene checkout pada jam 12pm hari berikutnya.. waahhh bagus.. maknanya jam 1am keesokan harinya kitorang leh cekout... good!


lepas tu terus weols jumpa semula si Saleem ni.. since dia kelihatannya jujur, maka weols terus tanya dia mana nak cari makanan ringan2 kat sini.. sebab perut lapa.. ingat nak pekena nan or paratha... dan aku jugak pesan kat dia, weols nak dia bawak kat kedai yang local people je makan situ.. takmo kedai yang untuk pelancong yang fancy2.. heheheh kononnya saje la nak selami experience sebagai local sini..




dan terus dia bawak weols ke port dia selalu lepak..
cayalah!!! ehehhehe..

memula tu weols terus masuk and g kat area kerusi meja depa.. semua mata dok perati kan weols.. ahhahaa..
then tak lama lepas tu si Saleem ni mai and bagitau rasanya better weols tunggu and makan kat depan sikit sebab takut weols tak selesa orang sini dok usya2 je wakkakaka..bukanlah depa tu usya macam gangster.. tapi tu la.. agak tak selesa la jugak bla tiap gerak geri kita orang dok perhati kan?

makanya weols pun ikut la si Saleem duduk kat belah luar sikit ;) then oder makanan.. viona dah tak larat nak buka mata.. kita order soh tapau je.. sambil tunggu makanan siap, sembang-sembang ngn Saleem.. dia memang orang Jaipur... ada anak bini dah...

terus weol diskas ngn dia kalau weols nak tempah dia utk esok siang bawak jejalan jaipur, dia terus agree... yess.. senang keje weols and dia pun kelihatannya sangat baik..



sampai hotel, kasi bersih2 diri, viona terus bubum dan aku terus mamam.. nyummmmm nyummmm
untuk servis tuktuk Saleem selama sejam lebih ronda carik hotel and bawak weols pegi makan, dia kata bayar je la seberapa yang kita nak.. aku pun tanya, selalunya orang bayar berapa.. dia gelak kata tak pernah ada orang degil macam aku banyak kerenah nak hotel kat sana sini lepas tu soh bawak gi restoran local hahahha.. dia kata inr20 dah cukup dah... murah betul! rm2 je... ngeeeeeeee...

So Alhamdulillah, the arrival at Jaipur's experience was really nice and pleasant!
Lepas makan aku pun bubum esoknya nak bangun awal dah set sama Saleem untuk pick us up at 9am utk jejalan di jaipur!!!!

As usual, to be continued!!!!!


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

2 Comments Uols:

wanna said...

akhirnya!!, penat dok tgu bila nak kuaq citer pasai india, dah penat dok ulang baca kisah taj mahal n agra fort tue,hahaha,

kak vie dan prebet sapu, plis tolong update cepat citer jenjalan kat india nie,

Masviona said...

wanna,
akhirnya kuar gak kan wanna walaupun lambat....hikss

insyaallah...doakan lah ye weols ada byk masa free...hiksss

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!