Header

Tuesday, December 15, 2009

Dokumentari Ho Chi Minh - Part 11 : War Museum & Spa

Biar ahkak take over bab ke 11 ni ye.. nak tunggu PS buat entry ni tatau la bila..
lgpun kasi chance la aku bermanje2 balik ngn mv.com ni...
rasa macam dah lama je tak update schedule secara turutan camni.. hikss..

lepas weols pegi berjimba2 di reunification palace, perut pun dah kenyang makan beriyani kan?
so weols merempit menerjah ke war museum lak...
tapi kali ni ahkak tgk PS pun dah tak kekok nak bawak motor dalam town Ho Chi Minh tu..
dia pun dah mula cilok2 and hon2 sana sini.. ahaksss..

selamat sampai ke War Museum... or dulunya dikenali sbg Museum Jenayah Perang US...

seperti yg telah dimaklumkan, semua muzium di Ho chi minh ni kene bayar tiket vnd15000 (rm3)

di perkarangan muzium perang...

hiksss.. biasalah aku kan...
masuk2 je memana tempat if tgk ada booth jual2 barang, sure aku pi terjah dulu....

antara bom² and peluru yg digunakan semasa perang US..
besar gedabak peluru n bom2 dia...

ok..
ni nak masuk bab serius sikit..
buat yg lemah semangat, leh skip bab ni..
kat dalam muzium ni dipaparkan gambar2 keganasan sewaktu zaman perang...
bagaimana tentera US dgn bangganya membunuh dan menyiat2 mayat mangsa..
kepala yg dipenggal akan dibuat sbg lambang kemegahan tentera..

kat bahagian ni sangat sayu..

DIMINTA YANG LEMAH SEMANGAT SUPAYA SKIP BAHAGIAN NI...

mmg no mercy la if kita tgk gambar2 kat dalam ni..
bagaimana tentera US menjadikan rakyat vietnam tak ubah mcm anjing kurap..
dia sepak terajang..
dia pukul..
dia bunuh...
antara mayat tentera vietcong yang hancur dibedil..
yang jadi lebih kasihan, tentera US mengamalkan konsep Burn All, Kill All..
so tak kira la ko tu tentera ke, civilian ke, anak2 kecik ke..
if ko ada kat area tu, mmg dia bedil..

ada beberapa gambar yang sempat ditangkap oleh photog tentera menggambarkan betapa takutnya dia saat tu..
dan naratif gambar tu tulis, akhirnya budak tu pun mati bersama2 ngn mak n ahli keluarga lain..
gambar mayat dorang bergelimpangan pun dia papar.. aduh.. kasihan!!

tentera US bermegah2 ngn kepala manusia yang dia penggal.. siap posing bagai...



dan yg lebih zalim, tentera US guna senjata biochemical..
dorang panggil Agent Orange ngn Agent Red..

dan senjata bio mcm ni, akan memberi kesan jangka panjang pada penduduk..
and itulah yg terjadi..
ramai rakyat vietnam yg menjadi cacat dek kerana serangan senjata bio ni..

bayi dalam kandungan menjadi mansa..
tak dpt develop secara normal ekoran dari kesan bahan kimia tu..

dan bg mereka yg dilahirkan selepas kene serangan Agent Orange tu, maka kebanyakannya akan cacat...
cacat fizikal and juga mental...

antara senjata yg digunakan utk membedil kampung2
tgk la tu uols.. bukan senjata ringan.. semua senjata berat.. heavy machinery org kata kan...?

ok cukuplah gambar2 yg menyayat hati ni..
tapi mmg kejam la peperangan...
sbb tu la ktia lagi suke PEACE NO WAR!!!

kita masuk bab lain lak...

di tingkat atas war museum ho chi minh ni plak, kisah2 sejarah bagaimana vietnam akhirnya bebas dari peperangan...
dan jugak penggabungan vietnam utara dan vietnam selatan...
hihihi.. boring sikit la...

beriya2 PS nak gak amik gambar ni...
dia kata mcm kelakar je..
askar lain ngn senjata berat..
askar ni ngn kamera.. hihihikss

ni adalah natara photog askar.. dan askar ni telah tumpas..
yang tinggal hanyalah tinggalan gambar hasil tangkapan dia semasa menyertai misi peperangan..


di sebelah luar muzium ni plak....
adalah kawasan parking utk kenderaan2 perang..
hihiih.. kawasan parking tu...........

macam2 ada.. kereta kebal, kapal terbang, meriam etc...



lepas dah habis keliling tpt parking kenderaan perang ni, igtkan nak cau...
jalan2 ke depan sikit... nampak 1 area bangunan..
rupanya ada lagi yg ktiroang tak terjah..
mana leh jadi.. so weols pegi la..

rupanya bangunan tu merupakan replika pusat tahanan..
kira penjara utk tawanan perang... US punya..

kat tpt gini la dia dera n hukum tawanan perang..



cage besi kawat duri ni..
dia dera tahanan dalam ni..
dia masukkan 3-5 orang dalam 1 cage..
bayangkanlah.. kalau bergerak sikit je sure tercucuk...


siapa kata tentera jepun je suke penggal kepala?
tgk tu.. tentera US pun suke penggal jugak..

sgt ngeri bila tgk alat utk penggal ni.......

antara replika sel sel tahanan.. jail dia..
eleh PS kekonon jd guard ke terpacak je kat situ..

bilik dia sgt kecik and takde tingkap..
bila diintai dari pintu tu, terkejut ahkak tgk mcm ada bayang lembaga manusia tgh duduk..
ciss.. rupanya dia letak patung dalam tu..
seram tau!!!!!!


kesimpulannya, ahkak leh katakan, lawatan ke War Museum ni amat berbaloi...
byk display dia yg menyentuh hati...
and menggambarkan betapa seksanya jika berperang...
nauzubillah..!



selesai eronda seharian suntuk with motosikal di bandar ho chi minh!!
eh ada byk lagi aktiviti sampingan weols yg tak publish kat dalam ni.. huuhuhu..
kita cerita main event je la ek..
sbb lepas tu weols ada merendek pulak jenjalan ke taman2 riadah dorang..
dah kata ada motor & gps kan... redah je la..

pengalaman yg sgt bermakna!!!!!!!!!


malam hari?
dah letih kan berjalan bergambar segala bagai dari pagi...
so tibalah masanya untuk memanjakan diri...

kat area hotel saigon pink 2 ni, ada byk spa n massage centre..
so? aplagi............. urut badan lorr..

tapi urut bdn hanya utk ahkak.. utk PS dia requset uut kaki refleksologi sajeeee... hikss

bebetul depan ngn hotel..
keluar pintu hotel seberang jalan barang 6 tapak dah sampai...

ok.. saye masuk dulu ye..
nak rilek2...

siap bergambar kenangan ngn owner dia...
mcm susan lancester pun ada kan?

sgt ramah n fluent in english..
byk bende gak yg weols borakkan...

ok tamat bab 11!!!




next???




kita mengembara ke kawasan peperangan di mana, bandar bawah tanah telah dibina...
err.. bandar dalam terowong gali sendiri..

best!!!!!

itu semua di Dokumentari Part 12 - Cu Chi tunnel !!!


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

10 Comments Uols:

Nurmala Mazlan said...

akak..byk nyer penjelajahan akak ke Ho Chi Minh ni..hahaha~ kita lak terasa cam sdah sampai sana

CathJ said...

u boleh muat lobang tu mv?? hihhi... kalau aku.. memang sah terpaksa di pijak2 kepala baru boleh masuk... itu pun snagkut kat perut kut...hahahhah

rasp said...

rasanya i tak leh gi lah kat war muzium tu...
ngeri, kasihan tak sanggup nak tengok tu semua....
nehi nehi....
syioknya dpt berurut!

kojah said...

best2...akak tulis rege dalam rm skalik...senang nak tgk2 balik nnti...

next kakkkk...xsabar nak baca...hihi

Neeza.Areef said...

ngam2 je mas masuk lubang tu...x sabo nk tgk ape mas wat kt dlm..hehe

attyfir said...

banyak info entry nie..siannya mangsa peperangan..kejam giler ..

mas..ekekeke..kalo kty mesti tak muat lubang tu .peha je seblh lepas kot.

lily lotus said...

erkk..ngerinya nak tgk part pics perang tu..kijammm!

* Secret Life * said...

nak gi HCM gak...
HCM wait for us on APRIL 2010.........................

* Secret Life * said...

nak gi HCM gak...
HCM wait for us on APRIL 2010.........................

mYpRecious said...

rase nak nanges je tgk gamba2 mangse perang tuh.. kejamnye tentera US tuh.. Agknye skang pon masih kejam mcm tu jugak..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!